Author: syauqah wardah
•4:04 PM
Isu gaya dan ketrampilan sememangnya menjadi perkara utama yang dititikberatkan oleh wanita. untuk kelihatan cantik dan menarik, gaya memainkan peranan penting untuk menyerlahkan. Biasanya apabila disebut soal gaya,antara persoalan yang timbul ialah berpakain dan bersolek.
Dalam dunia yang mengamalkan "budaya konsumer populer kapitalisme" sekarang ini, muslimah perlu menyiapkan diri dengan asas panduan agama yang kukuh dalam soal gaya. Budaya popular oleh media perlu ditapis samada ia bertepatan dengan syariat atau tidak. Penentuan gaya diri perlu dikawal agar ia tidak terpengaruh dengan gaya kehidupan yang dipaparkan oleh media massa.
Dalam buku "Megatrend 2000" dinyatakan bahawa globalisasi sosial yang ditaja oleh Barat merangkumi 3F (food, fun and fashion). Keterampilan model dengan gaya yang dianggap moden oleh Barat memainkan peranan amat besar dalam membentuk minda mayarakat dunia. Paparan dan gaya fesyen dalam media massa perlu difahami muslimah sebagai budaya konsumer populer kapitalisme. Ia semata-mata mengaut keuntungan tanpa memikirkan persoalan betul atau salah.
Persoalan moden atau tidak, juga perlu difahami bukan berdasarkan fahaman media media.Gaya moden yang dipaparkan oleh media massa bukanlah sebenarnya moden. Ia hanyalah tanggapan setengah pihak sebagai moden. Namun yang menjadi masalah, anggapan ini menjadi dominan dalam fikiran masyarakat kerana ia dipopularkan oleh media.
Oleh itu, pilihlah gaya hidup yang bertepatan dengan gaya ajaran islam walaupun bukan gaya popular yang dihidangkan oleh media dan dianggap kolot oleh sesetengah pihak. Seseorang muslimah perlulah resional dalam membuat pemilihan. Idealistik yang wujud dalam diri perlu di pertimbangkan secara bijaksana supaya tidak melampau.
Allah menyifatkan umat islam ini adalah umat pertengahansebagaimana maksud firmannya:"Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu(wahai umat Muhammad) satu umat yang pertengahan."surah al-Baqarah ayat 143.
Kecantikan bukanlah dilihat dari apa yang di pakai, tetapi kecantikan seseorang muslimat itu terletak pada hatinya apabila ia selalu menundukkan hatinya kepada yang maha esa dan kecantikan seseorang muslimah itu terserlah apabila dia bersama-sama bergerak di dalam perjuangan islam. Jadilah kita (muslimah) seperti Zainab al-Ghazali ia tidak mementingkan kecantikan dunia tetapi ia sanggup berjuang demi mempertahankan agama Allah tertegak di muka bumi ini.
Fikir-fikirlah wahai muslimat yang dikasihi dimana kita di dalam perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini dan janganlah kamu berasa bosan dalam menjalankan gerak kerja islam walaupun sesaat.... dambakanlah cinta ilahi.
|
This entry was posted on 4:04 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: