Author: syauqah wardah
•8:26 AM
jika kita lihat dan kaji kekuatan sebenar dalam politik ialah kekuatan ilmu, tetapi orang sekiling belum sedar terutamanya ahli politik yang menggunakan kekuatan politik ampu. Tetapi agak malang politik hari ini, yang kita sedia maklum bahawa kekuatan ilmu biasanya diatasi oleh kekuatan mengampu.(terpulang kepaada diri masing-masing).
Pada pandangan penulis seorang ahli politik yang berilmu tetapi tidak pandai mengampu mungkin tidak terpilih untuk memegang tugas atau jawatan dalam parti apa lagi dalam kerajaan sebab pada masa ini, seorang ahli politik yang pandai mengampu akan hidup senang lenang di bawah singgahsana mereka.... "Biar takde ilmu yang penting ada duit...." semuanya boleh jalan.
hari ini jika dilihat telah banyak orang membincangkan tentang ilmu, namun begitu, ilmu lazimnya lebih dibincangkan dari sudut utilitarian dan kurang dari sudut holistik.
menurut penulis, kecemerlangan politik tidak dapat dicapai jika ilmu tidak lagi dikaji dan dihayati diatas kesedaran tentang manfaatnya dan jika tidak wujud rasa untuk mengembangkan dan menyebarkannya. tetapi pada masa ini, sebaliknya yang berlaku pencarian ilmu hanya lebih kepada ingin mencapai kemuliaan, kemahuan kebendaan dan ingin memuaskan nafsu peribadi masing-masing.
pada masa ini, sesetengah ahli dan parti politik tidak gemar menganjurkan program yang berbentuk ilmiah yang ada program mengutuk orang sana-sini. Kalau adapun, terlalu banyak masa, tenaga dan dana digunakan untuk majlis perasmian je... itu pun nak jemput orang besar datang.... supaya boleh tayang muka konon-kononnye ahli politik yang cintakan ilmu... tapi ada niat disebaliknya.... supaya senang dapat peruntukkan masa hadapan.
Dalam hal lain, apabila sesuatu keputusan atau tindakan hendak dilakukan, pendapat ahli politik yang berilmu jarang sekali di guna pakai.... lagi sedih kalau ahli politik tu takde pangkat, kedudukan, gelaran dan duit yang banyak. Pandangan yang selalu didengar biasanya adalah daripada seorang ahli politik yang suka mengampu atau bercakap dusta.
Keadaan begini akan merosakkan politik ilmu dan ini akan mengibatkan politik kurang berintegriti. Pada masa ini, penulis mencadangkan agar iklim politik lebih bersifat terbuka. Apa yang penting adalah kebenaran. Pandangan yang benar perlu diterima pakai, tidak kira siapa yang menyampaikannya.
Hari ini, rakyat lebih berilmu dan sudah muak dengan pengampu. Parti dan ahli politik tidak ada peluang lagi selain meningkatkan ilmu masing-masing dan meninggalkan politik ampu. Oleh itu, generasi akan datang hendaklah melahirkan ahli politik yang berilmu kerana ahli politik yang berilmu merupakan penggerak utama kepada politik masa depan... fikir-fikirkan lah...
Author: syauqah wardah
•7:18 PM
Apa sebenarnya sukarelawan ye???
Apa yang saya tahu le, sukarelawan ni bermakna orang yang melakukan sesuatu dengan suka dan rela. Bila melakukan sesuatu dengan suka dan rela seseorang itu akan merasakan dadanya lapang dan hatinya tenang. Berbanding mereka yang melakukan sesuatu secara terpaksa atau dipaksa melakukan sesuatu tanpa kerelaan.
Di dalam al-Quran sendiri ada menyebut dengan berbuat baik hati akan menjadi tenang. Allah berfirman yang bermaksud:"Bagi orang-orang yang menyahut seruan tuhan mereka sahajalah balasan sebaik-baiknya, dan orang yang ingkar yang tidak menyahut seruannya, kalalulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka pada hari akhiurat kelak, yang tidak terperi sengsaranya" surah ar-Ra'd.
Sebenarnya ini satu peringatan kepada kita semua terutamanya kepada penulis, bahawasanya untuk mendapatkan kerodoan dari Allah mestilah mendapat ketenangan dan ketenteraman. dan untuk mendapatkan ketenangan dan ketenteraman kita hendaklah bergerak secara sukarela di jalan dakwah, sebenarnya apabila kita bergerak di jalan dakwah ini ia akan memberi satu ketenangan jiwa dan ketenteraman hati yang tidak boleh terkata.
Sebenarnya semangat sukarela atau ikhlas dalam kita menjalankan gerakan dakwah dapat mengubah dunia kerana kita ada satu kuasa iaitu"ikhlas". Saya amat berharap kepada MUSLIMAH agar kita menjadi sukarelawan dakwah. Bagi saya kita perlukan sukarelawan dakwah muslimah yang sedia membantu saudara-saudar islam kita yang semakin hari semakin jauh daripada islam, dengan melakukan demikian hati kita akan menjadi tenang..... kita di akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.... nukilan hati ku...
Author: syauqah wardah
•6:56 PM
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang danberwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang! Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" mereka menjawab "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkat sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah. "Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan Kekayaan! "Isterinya tidak bersetuju.
"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?" Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menatu kita tu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami."Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan:
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan
Author: syauqah wardah
•4:04 PM
Isu gaya dan ketrampilan sememangnya menjadi perkara utama yang dititikberatkan oleh wanita. untuk kelihatan cantik dan menarik, gaya memainkan peranan penting untuk menyerlahkan. Biasanya apabila disebut soal gaya,antara persoalan yang timbul ialah berpakain dan bersolek.
Dalam dunia yang mengamalkan "budaya konsumer populer kapitalisme" sekarang ini, muslimah perlu menyiapkan diri dengan asas panduan agama yang kukuh dalam soal gaya. Budaya popular oleh media perlu ditapis samada ia bertepatan dengan syariat atau tidak. Penentuan gaya diri perlu dikawal agar ia tidak terpengaruh dengan gaya kehidupan yang dipaparkan oleh media massa.
Dalam buku "Megatrend 2000" dinyatakan bahawa globalisasi sosial yang ditaja oleh Barat merangkumi 3F (food, fun and fashion). Keterampilan model dengan gaya yang dianggap moden oleh Barat memainkan peranan amat besar dalam membentuk minda mayarakat dunia. Paparan dan gaya fesyen dalam media massa perlu difahami muslimah sebagai budaya konsumer populer kapitalisme. Ia semata-mata mengaut keuntungan tanpa memikirkan persoalan betul atau salah.
Persoalan moden atau tidak, juga perlu difahami bukan berdasarkan fahaman media media.Gaya moden yang dipaparkan oleh media massa bukanlah sebenarnya moden. Ia hanyalah tanggapan setengah pihak sebagai moden. Namun yang menjadi masalah, anggapan ini menjadi dominan dalam fikiran masyarakat kerana ia dipopularkan oleh media.
Oleh itu, pilihlah gaya hidup yang bertepatan dengan gaya ajaran islam walaupun bukan gaya popular yang dihidangkan oleh media dan dianggap kolot oleh sesetengah pihak. Seseorang muslimah perlulah resional dalam membuat pemilihan. Idealistik yang wujud dalam diri perlu di pertimbangkan secara bijaksana supaya tidak melampau.
Allah menyifatkan umat islam ini adalah umat pertengahansebagaimana maksud firmannya:"Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu(wahai umat Muhammad) satu umat yang pertengahan."surah al-Baqarah ayat 143.
Kecantikan bukanlah dilihat dari apa yang di pakai, tetapi kecantikan seseorang muslimat itu terletak pada hatinya apabila ia selalu menundukkan hatinya kepada yang maha esa dan kecantikan seseorang muslimah itu terserlah apabila dia bersama-sama bergerak di dalam perjuangan islam. Jadilah kita (muslimah) seperti Zainab al-Ghazali ia tidak mementingkan kecantikan dunia tetapi ia sanggup berjuang demi mempertahankan agama Allah tertegak di muka bumi ini.
Fikir-fikirlah wahai muslimat yang dikasihi dimana kita di dalam perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini dan janganlah kamu berasa bosan dalam menjalankan gerak kerja islam walaupun sesaat.... dambakanlah cinta ilahi.
Author: syauqah wardah
•4:32 AM
Mutiara kata Ibnu-Qayyum
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya..
Author: syauqah wardah
•3:32 AM
assalamualaikum... rasanya ini kali pertama, ana tulis kat blog ni. pesanan untuk muslimat.... jagalah pandangan mata mu, supaya hati mu sentiasa bersih, selalu lah engkau bertahajud di waktu malam kerana itulah pendidik dan penenang kepada jiwamu. selalu dampingkan dirimu dengan al- Quran kerana ia penenang jiwa. jagalah hati mu dan cintamu untuk seorang yang bergelar mujahid.